1. Taman Burung Kuala Lumpur
Bagaimana hendak ke Taman Burung Kuala Lumpur?
- Dari Jalan Bangsar, terus ke arah Stesen Keretapi KTM , di raound about, belok kiri ke arah Masjid Negara
- Dari Jalan Mahameru, pusing kiri ke Jalan Parlimen. Di lampu isyarat, belok kanan ke arah Taman Tasik Kuala Lumpur.
Waktu Lawatan: 9 pagi hingga 6 petang setiap hari.
Harga Tiket : Dewasa RM 25 , Kanak-kanak RM 12
Aktiviti Menarik : Pertunjukan Burung setiap jam 12.30 dan 3.30 petang.
Harga Tiket : Dewasa RM 25 , Kanak-kanak RM 12
Aktiviti Menarik : Pertunjukan Burung setiap jam 12.30 dan 3.30 petang.
2.Taman Orkid Kuala Lumpur
Taman Orkid terletak dihadapan Taman Burung Kuala Lumpur. Dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang dan masuk adalah percuma.
Keseluruhan kawasan ini adalah kira-kira satu hektar dan ditanam dengan pelbagai jenis orkid yang pastinya memjadi kegilaan kepada pencipta orkid. Kawasan ini juga amat sesuai kepada peminat fotografi dan pelawat juga boleh membeli orkid di bazar di dalam taman.
3. Pusat Sains Negara
Pusat Sains Negara terletak di Bukit Kiara, bersebelahan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), dan berhadapan bangunan Suruhanjaya Sekuriti. Bangunan Pusat Sains ini mudah untuk dikenali dari jauh kerana ianyanya mempunyai rekabentuk bangunan yang unik menyerupai sebuah kon yang terpotong kemuncaknya dan ditutupi dengan sebuah kubah geodesik. Terdapat berbagai jenis bahan pameran yang direka untuk menarik, merangsang dan mendorong para pelawat untuk menanam minat aktif terhadap Sains dan Teknologi.
Waktu Lawatan:
- 9.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin – Khamis, Sabtu – Ahad (Tutup pada hari Jumaat )
Harga Tiket:
- Dewasa– RM 6.00
- Kanak-kanak ( 7 – 12thn) dan warga emas – RM 3.00
4.Planetariun Negara
Planetariun Negara terletak di atas bukit di antara Pusat Islam dengan Muzium Negara. Sebuah jejantas pejalan kaki dibina untuk menghubungkan Kompleks Planetarium dengan Muzium Negara Ianya adalah pusat yang menawarkan pameran astronomi menarik.
Waktu Lawatan Planetarium Negara
- 9.30 pagi hingga 4.30 petang
- Selasa hingga Ahad termasuk pada cuti umum
- Ditutup setiap hari Isnin ,Hari Raya Puasa and Hari Raya Haji
Bayaran Masuk Planetarium Negara
- Percuma
Bayaran Masuk Pertunjukan di Teater Angkasa
- Dewasa (13 tahun dan ke atas) : RM 6.00
- Kanak-kanak (bawah 12 tahun) : RM4.00
Setiap hari ada 4 pertunjukan di Teater Angkasa kecuali hari Jumaat.
No comments:
Post a Comment